Thursday, 24 October 2019

Buat Aksi Hubungan Sulit Depan Anak-Anak, Wanita & Teman Lelaki Ditangkap

Buat Aksi Hubungan Sulit Depan Anak-Anak, Wanita & Teman Lelaki Ditangkap

SEORANG wanita berstatus isteri tergamak curang dengan teman lelaki malah bertindak melampau apabila sengaja melakukan hubungan seks di hadapan tiga anaknya termasuk seorang anak kurang upaya (OKU).
SEORANG wanita berstatus isteri tergamak curang dengan teman lelaki malah bertindak melampau apabila sengaja melakukan hubungan seks di hadapan tiga anaknya termasuk seorang anak kurang upaya (OKU).

Perbuatan terkutuk wanita itu dilakukan di rumah kelaminnya di Sungai Jelok, Kajang semasa ketiadaan suaminya yang sibuk menjaga ibu yang sedang sakit.

Aktiviti tidak bermoral yang berlangsung sejak September lalu itu akhirnya terbongkar apabila jiran bertindak menceritakan segala-galanya kepada suami wanita itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepanjang peninggalan tersebut, tiga anak pasangan terbabit berusia enam, sembilan dan 11 tahun tinggal bersama isterinya.

“Suami wanita berkenaan telah diberitahu oleh anak tirinya yang berusia 11 tahun bahawa ibu mereka bersama teman lelaki melakukan hubungan seks dan akan mengarahkan anak bongsunya melihat perbuatan terkutuk berkenaan.

“Kejadian menyebabkan anak bongsu itu kini trauma. Malah ibu serta teman lelakinya turut menunjukkan aksi tersebut di hadapan dua lagi anaknya,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada 23 November lalu dan hasil maklumat dan risikan, isteri serta teman lelakinya masing-masing berusia 35 dan 46 tahun telah ditahan di sebuah restoran di Jalan Semenyih Sentral, Semenyih, kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati orang itu atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual. –KLICK.MY

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search