Seorang bapa di Ohio merakam detik sedih ketika memberitahu anak lelakinya tentang kematian ibunya yang diakibatkan terlebih mengambil heroin (overdose).
Brenden Bickerstaff-Clark kemudian memuat naik video itu di Youtube untuk tontonan ramai supaya penagih dadah di luar sana sedar tentang akibat dari penagihan mereka.
Di dalam video itu, Bickerstaff, seorang pembuat pizza dari Youngstown, Ohio bersama seorang rakan memberitahu perkara tersebut kepada Cameron, 8, di sebuah meja piknik.
"Ayah ada sesuatu nak beritahu kamu, OK? Ibu meninggal dunia malam tadi", katanya kepada Cameron.
"Apa? Maksud ayah? Ibu saya? Macam mana?", tanya Cameron yang dilihat terkejut.
"Disebabkan dadah", sambung Bickerstaff.
Selepas itu Cameron dilihat terus sebak dan menangis sambil ditenangkan oleh rakan Bickerstaff.
"Ayah minta maaf", kata Bickerstaff sebelum berpusing kearah kamera dan menyuruh perakam untuk berhenti.
Bickerstaff menulis di Facebook: "Ini untuk semua penagih dadah yang mempunyai anak. Hari ini saya terpaksa memberitahu anak saya yang berusia 8 tahun bahawa ibunya meninggal kerana overdose semalam. Ini adalah realiti penyakit kita. Jangan biarkan penyakit ini menyebabkan orang lain terpaksa beritahu anak anda bahawa anda mati disebabkan dadah.
"Itu adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan seumur hidup. Anak saya terpaksa hidup tanpa ibu kerana heroin.. Tolong pergi dapatkan bantuan supaya anak-anak kita tidak perlu menderita", tulis Bickerstaff.
Selain itu, Bickerstaff juga turut menafikan bahawa rakaman itu sudah dirancang dan berkata: "Saya pun bekas penagih dadah dan setakat hari ini saya sudah 'bersih' selama 94 hari... tolong kongsi dan bantu, ia mungkin boleh menyelamatkan kehidupan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak".
Rakaman itu telah menerima tontonan sebanyak 14 juta di Youtube an sekitar 24 juta di Facebook.
Selain dari luahan rasa sebak, penonton turut mengkritik Bickerstaff kerana merakamkan detik menyedihkan dalam hidup anaknya itu.
Popular Posts
-
Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 12 Oktober lalu, Kaka Azraff meluahkan rasa bangga dengan suaminya, Adam Azriff pertama kali me...
-
SEORANG wanita berstatus isteri tergamak curang dengan teman lelaki malah bertindak melampau apabila sengaja melakukan hubungan seks di ha...
-
Menakutkan! Namun, itulah yang dialami oleh vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie apabila mengalami gangguan misteri sehingga terkena penyaki...
-
Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey atau nama popularnya Abam dari kumpulan pelawak, Bocey, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak ...
-
Hukuman bunuh dikenakan kepada pesalah jenayah berat yang melakukan kesalahan yang dianggap sebagai terlalu kejam untuk diberikan peluang ...



Post a Comment