Ular gergasi mati selepas menelan landak seberat melebihi 10kg akibat tercucuk duri yang tajam. Ular ‘rock python’ sepanjang 4 meter itu ditemui di bawah tebing batu di Lake Eland Game Reserve di Afrika Selatan.
Bahagian dalaman ular itu ditelah dilemahkan oleh berpuluh duri yang ada pada landak ketika dia cuba menelan landak itu.
Pengurus Besar Lake Eland Game Reserve, Jennifer Fuller menyatakan, “Sebab yang tepat untuk kematian ular itu masih tidak jelas. Namun, jelas menunjukkan beberapa duri landak dalam saluran pencernaan dan ular itu juga telah jatuh dari tebing.”
“Kami tidak pasti jika ular itu mati sebelum atau sewaktu ular itu jatuh, duri itu telah masuk ke dalam saluran pencernaan dia.”
Ini bukan kes yang luar biasa untuk ular ‘rock python’ memakan landak, ‘rock pythons’ sangat terkenal dalam memakan mangsa yang lebih besar darinya seperti antelope.
Pengguna media sosial menyatakan kematian ular itu adalah karma. Seorang pengguna dari Perancis menulis, “Jika ular itu memilih haiwan yang kecil sebagai makanannya, mungkin dia boleh hidup. Namun, dia terlalu tamak, dan dia telah mendapat balasan.”


Post a Comment