Wednesday, 16 October 2019

Foto kepala disyaki milik dua beranak dikerat lapan ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Foto kepala disyaki milik dua beranak dikerat lapan ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Mayat yang tidak lengkap ditemui pemotong rumput di kawasan semak berhampiran Kampung Landang Krubong, kelmarin.

MELAKA TENGAH - Polis dipercayai menemui dua kepala disyaki milik dua beranak yang dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan di kawasan semak berhampiran Kampung Landang Krubong.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan identiti kepala berkenaan termasuk lokasi penemuan kedua-dua kepala berkenaan memandangkan siasatan sedang dijalankan.

Suspek kerat lapan ditahan, Imej kepala mangsa yang menyedihkan

Menurutnya, ini termasuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu terutamanya daripada keluarga mangsa.
"Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemui berkenaan milik seorang wanita dan anak lelakinya.

"Dalam masa sama keputusan lanjut akan dimaklumkan dan biar pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak," katanya. 

Mat Kasim berkata, polis turut mengucapkan terima kasih kepada polis Singapura atas kerjasama sehingga suspek yang dipercayai suami kepada mangsa itu dapat ditahan.


"Mereka telah menyerahkan suspek pada kita dan berjaya bawa ke negara ini malam tadi.

"Kita akan jalankan siasatan lanjut untuk mencari bukti tambahan termasuk senjata digunakan,” katanya.

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search